Credit to Nazri for the entry
Date : 4-5 Jun 2016
Line Up : 9 person
Location : Gunung Ledang via Asahan
4 JUN 2016 (SABTU)
Trip
kali ni berbeza sikit dari trip lain. Kebanyakannya ahli-ahli baru Geo Hikers.
Biasa la dak2 newbie nak ikot. Kasi can ler. Kami buat konsep carpool yg
terdiri daripada 3 group.
1. Group Putrajaya
-
Man
-
Naz
-
Bobby
-
Abe
2. Group Shah Alam
-
Azim
3. Group Selayang/Melaka
-
Radzli
-
Hanna
-
Wani
Pada
mulanya, masing2 sepakat nak kumpul kat RNR Ayer Keroh. Group Shah Alam sampai
dulu lebih kurang kul 1.30 pagi. Then Group Putrajaya sampai kul 2 pagi.
Sementara tunggu Group Selayang sampai, kami bentang ground sheet kat Petronas
RNR Ayer Keroh. Sempat jgk la masak maggi. Nyum2. Tunggu punya tunggu. Tgk jam dah
kul 4 pagi. Tak boleh jadi ni, mau menyirap tunggu lama lagi.
Kami decide nak terus gerak ke masjid dekat2 dengan Asahan.
Kami decide nak terus gerak ke masjid dekat2 dengan Asahan.
Sampai
kat Masjid Al-Bukhari Asahan. Masing-masing nak cari toilet. Sekali gerak gi belakang.
Tgk toilet tepi kubur. OMGGGGGGG!!! Kus semangat. Xpa la paip nk bocor dah.
Layankan aje.
Kami
tunggu sampai Subuh & solat terus kat sana. Then Group dari Selayang sampai
dengan muka selamba sambil hulur sebekal spagetthi sorang. Mak aiiiii makan
spagetthi breakfast. Time tu masing2 macam malu2 kucing nak tego.
7.00 am - Lepas
breakfast, terus bentang ground sheet nak bagi2 ration. Standard la barang byk
xkan nak angkat sorang kan?. Ape yang penting, KERJASAMA!!!
Tengah bagi2 ration
|
Suasana pagi dari Masjid
Al Bukhari Asahan
berlatar belakangkan Gunung Ledang
|
Kami
gerak ke kaki Gunung Ledang lebih kurang kul 8 pagi & sampai lebih kurang
kul 8.15 pagi. Sesampai je kat sana rupanya ada 1 group lagi naik sekali. Kami
panggil group CEO sebab ada CEO company diorg join sekali. Untunglaaaaaa!!!!!
Lepas
park kete, guide terus bagi borang checklist brg warna hijau utk pendaki isi.
Mak aiiiii x penah lagi naik gunung kene isi sedetail mcm tu. Lepas guide bagi
taklimat, kami pon start trekking lebih kurg kul 9.30 pagi. Group kami dapat 2
guide yang still freshie lagi. Masa start tu pace laju jgk. Biasa la masing2
first time naik. Ingat celah gigi je. Sampai kat CP1, masing2 dah start mengah.
Al maklumlah semua bawak beg berat mcm batu.
Otw ke CP1. Dia punya
penat. Kalah marathon
|
take 5 jap |
Perjalanan
ke campsite agak memenatkan jgk sbb permukaan gunung yang turun naik especially
dari CP1 ke CP2 & CP 5 ke CP6. Langkah terakhir ke CP6 terhenti kejap sbb
kami terpaksa mendaki laluan penuh berliku di batu hampar dengan curam 75
degree dengan menggunakan tali. Lebih kurang 100 meter tingginya.
Kesemua ahli selamat tiba di CP6 iaitu Kem Padang Batu kul 3.00 petang dan terus kerja-kerja memasang ground sheet, fly sheet dan memasang dilakukan. Petang tu kami dihidangkan dengan lauk kari ayam dengan ubi KERAS yang tersangatlah enak sehingga menjilat jari dan menjilat ape yang patot. JANGAN PIKIR KOTOR. BULAN PUASA NI!!!
Batu hampar yang menghamparkan seribu kenangan kepada kami. |
Kesemua ahli selamat tiba di CP6 iaitu Kem Padang Batu kul 3.00 petang dan terus kerja-kerja memasang ground sheet, fly sheet dan memasang dilakukan. Petang tu kami dihidangkan dengan lauk kari ayam dengan ubi KERAS yang tersangatlah enak sehingga menjilat jari dan menjilat ape yang patot. JANGAN PIKIR KOTOR. BULAN PUASA NI!!!
Kerja-kerja menyetap
khemah
|
Geng yang collapse! kah3. membuta je keje.. bangun tido tau makan je! |
Sumpah x penah jmpa mknn paling sedap dari
ni kat dunia
|
Our CampSite! |
Then,
kami terus ke batu hampar yang kami lalu tadi utk amek angin petang yang sempoi
dan sepoi2 bahasa sambil menikmati pemandangan yang tersangatlah indah. Sumpah
kalau korg x gi memang korg org yg paling rugi di dunia.
Lepas
tu, kami terus ke air terjun yg x berapa nk terjun utk bersihkan diri.
Maklumlah belengaih satu badan. Lepas mandi kami lepak di bawah fly sheet
sambil menunggu Abe Sam (Azim) kita masak cucur. Masak bukan main lama. Kami
habiskan x sampai seminit. Masing2 perot mcm syaitonnnn. Time lepak tu byk
benda yg ktorg borakkan. Ibarat mcm ice breaking la. Masing2 first time jmpa.
Mgkin takdir jmpa dengan manusia yang satu kepala, masing2 sembang mcm xde
penghujung. Rasanya kami la paling bising kat campsite tu. Sorry geng CEO. Memang
kami lahir je boleh terus bercakap. ;)))))))))
sambil layan view: wefie seround
Indahnya ciptaan tuhan. Terasa kerdil diri ni.
|
Malam
tu, kami lepak lagi di batu hampar sambil tengok bintang & langit. Time tu
mula lah masing2 nak berangan especially (Hanna). Xpala bagi can.
Dia kan presiden. :-P
p/s:<< Kuangajo naz, fitnah! ini betul2 fitnah! (tak sempat berangan pun.. sbb da tidur) :-p
p/s:
Then
kami balik ke campsite & sambung borak lagi. Rasanya group CEO dah
terbongkang dah. Masing2 keluar perangai sebenar. Betul la orang kata. Kat
dalam hutan la kita boleh tgk perangai sebenar manusia.
5 JUN 2016 (AHAD)
Kami
bangun seawal kul 4.00 pagi untuk naik ke puncak. Lepas siap2 semua, kami gerak
lebih kurg kul 4.40 pagi. Waktu tu memang sejuk la cite dia. Tapi lepas beberapa
minit trekking, kami rasa panas balik. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 30
minit. Masa trekking tu, kami terpaksa menempuh batu hampar yang lebih mencabar
lagi iaitu lebih kurang 150 meter tinggi dan 80 degree kecuramannya. Kami tiba
di satu tempat yang agak lapang untuk solat subuh sebelum naik ke puncak.
Batu hampar yang hampir
menegak. Tangan kena kuat bhaiiii!!!
|
Dunia-dunia jgk. Akhirat mesti mau cari |
Dan Akhirnya.................
Pemandangan
kat puncak memang sangat-sangat mengasyikkan. View 360 hokeyyyy. Kami sempat
jgk tgk sunrise. Pengalaman yang x dpt dibeli dengan wang ringgit. Belanja
gambo dulu.
Acah sweet dengan pokme : Team CEO :-p |
Taktik
Radz berjaya menarik perhatian. Tapi malangnya sudah berpunya daa!!!!!
|
Satu pengalaman yang x dapat dilupakan jgk ialah dapat berkongsi foto dengan geng goprojb yang mempunyai beribu2 followers. #goprojb |
Lepas sejam lebih kat puncak, aku, Hanna, Wani, Man & Azim bergegas turun ke campsite sementara Khai, Abe, Radz & Bobby masih stay lagi kat puncak. Belum puas amek gambo kate ko.
Geng-geng gila camera. Abe buat gaya mat jiwang!!! |
Masa nak turun ke campsite tu boleh terpikir, ni ke laluannya. Ketaq lutut jgk la masa turun tu. Mana x nya. Mencanak all the way. Kami sampai ke campsite lebih kurang kul 10.00 pagi. Then, geng2 terer memasak terus masak nasi & lauk sardin. Kami dihidangkan lagi dengan sambal buatan khas mak wani. Perghhh mabeles. Sumpah sedap. Kalau nak order boleh direct call wani. (sambil promote wani. Keh3).
Lepas
makan, kami packing semua kelengkapan untuk turun ke kaki gunung. Masing-masing
x lepaskan peluang basahkan diri dulu before turun. Then masing2 tunggu kat
batu hampar tgu turn nak turun. Ingat nak makan kepci je ke tgu turn. Kami
start turun dalam kul 1.00 petang.
Panggil guide naik.. untuk sesi photoshoot.. rugi kalau tak amek gambau kat sini! |
Lepas semua berjaya turun dari batu hampar, masing2 terus pecut turun ke kaki gunung. Macam rimau nak terkam mangsa. Laju baq ang. Aku yang pernah experience ACL & meniscus ni jalan la slow2. Nasib ada lagi kat belakang aku. Sesampai je kat bawah, kami berkubang kat tali air sambil menikmati The O Ais yang dibeli oleh sorg ahli geng CEO. Asyukkkkkkkk…
Then, kami decide utk dinner kat Umbai, Melakau. Perjalanan mengambil masa selama sejam dari Asahan. Umbai ni popular dengan masakan ikan bakar. Korg boleh try. Sedap jgk la. Lapo kan. Lepas tu kami sepakat hantar Wani kat rumah dia kat Pokok Mangga, Melaka. TQ Wani sbb bekalkan kami sambal. Sampai termimpi2 sambal wani. (Yg tu kencing lebih). Kami sampai kat destinasi masing lebih kurang kul 1.00 pagi.
BETULLAH KATA-KATA YANG ADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG. “KERANA HIKING KITA RAMAI KAWAN, KERANA
HIKING KITA BANYAK PENGALAMAN”. Walaupun baru first time hiking sekali
dengan geng GEOHIKERS, tapi bond antara kami tu yang buat trip kali ni best
gilaaaa…. (presiden trip free lepas ni!!!)
Tu
je abam nak karang. See you again. Selamat berpuasa. Selamat berhari raya.
Selamat Pak Selamat. BYEEEEEE!!!!
Oraitttt nice storyline.
ReplyDeletethanks for reading sis!
DeleteCiter kentut mana citer kentut...hahahaha
ReplyDeletehahaha.. cite kentut kne tanye naz.. die yg karang cite.. telupe kot cite kentut.. emm.. cite pasai cucuq pasir pun xde. hihi.. ckup la jd kngn kite2 je :p
DeleteBestnyer korang dapat naik Ledang. Nak join jgk blh x?
ReplyDeleteeii ngengade.. nak repeat ke cane ni? hahah :-p
DeleteBoleh share no tel guide ledang via asahan dkat sini x
ReplyDeletesorry for so late reply.. here is the number : 012-3149142 (NajiB)
Delete