Maka tersebutlah satu kisah di zaman dahulu kala, dimana sekumpulan pahlawan di zaman Kesultanan Melayu Selangor mahu mencari tempat bertapa seterusnya untuk menimba ilmu dan mengembangkan sayap "kaki" mereka..
Kata sahibul hikayat, arakian semua kitab (Google) di bentangkan, persilatan jari jemari di medan tempur Gmail antara Tun Teja (Iz) dan Srikandi Mariam (Wani) hatta menimbulkan perdebatan di meja makan Warung Megan Avenue 2 , antara Tun Teja dan Raden Aishah (Ecah).. Tok Wan pun menghantar seru kepada mereka.
Suatu kisah yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa, malah kepada keturunannya. Adapun untuk membongkar rahsia ini.. pendekar-pendekar dengan di temani hulubalang-hulubalang yang gagah perkasa lagi hebat harus bertarung sesama sendiri untuk bertemu Tok Wan di puncak gunung.. Sekian..
(err... nama-nama yang disebutkan hanyalah watak semata-mata dan ini tidak melibatkan yang hidup atau yang mati. hihihi)
*****************************************************************************
Ok next..
Alkisahnya.. nak hiking kat Gunung Tok Wan je.. tp since nak hiking Gunung Tok Wan harus merentasi Broga Hill dulu.. WAJIB la double-hiking untuk Hiking-Operation kali ini kan.. Yeah!! Semangat ni baqhang!! hahahaha
Date: 09th November 2013
Time: 5.00am @ foothills Broga
Description of Broga Hill
Description of Gunung Tok Wan
Height: 675 meter (2214.57ft)
Distance: 4.8 km
Level: Beginner
Location:Broga,Semenyih. Selangor
Ok tu je la dulu.. nak komen panjang2 pon.. makan-gunung pon belum lagi. hahaha
See You Soon Hikers!!!
No comments:
Post a Comment
Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!