Assalamualaikum,
Sebelum cerita hangat jadi suam2 kuku.. elok la aku coretkan
cepat2.. ingatan mungkin pudar namun kenangan itu tak pernah layu.. perghhh..
berbunga2 ayat, geli lak aku. So trip hiking and camping kali ni kat BukitKutu, Kuala Kubu Bharu.. Selangor…
13 Nov 2015 – Friday
malam yg panjang untuk aku, Wani, Fifi and Didi.. right on
9.00pm.. keluar pegi Giant beli
barang2 masak + stock ke Bukit
Kutu..macam air mineral, minyak masak, telur,garam, sos, roti, bustane gas,
songlap plastic giant..haha. .yg ni mcm mencabar sikit..
10.30++ heading to Sentul, pick up Fifi and Didi.. pastu sambung
beli barang lagi kat Pasar Chowkit.. beli ayam, ikan, sayur2, sos tiram,
bawang, ikan bilis. Pastu singgah kedai jamu (yeke kedai jamu..??) beli
kukubima pulak
14 Nov 2015 - Saturday
12.00am++ ; lepak Qudrat.. sesi mengeteh walaupun mata layu.
Gile la.. siang keje malam lepak mcm kutu rayau. Ape2 aje la perempuan zaman
sekarang ni.. hahah
1.00am++ ; proses
masak memasak – marinate ayam, masak nasi lemak.. (credit: sambal mak Wani yg
super delicious), goreng ikan bilis, goreng ikan, prepare sos ikan 3 rasa,
potong timun, rebus telur and kemas2 barang ape yg patut.
pic ni je ade dlm simpanan..
|
4.00am++ ; baru kitorang ni boleh rest and tidur jap..
6.00am++; bangun
subuh, bungkus nasi lemak dalam tupperware.. sebab dah janji nak kumpul pukul
7.00am kat padang Taman Permata. Tp Abg Am sorg jela dtg on time… yg lain tu
harapan jee laaa.. (janji melayu, janji kul 7.00am.. tp datang kul 8.00am++)
9.00am ; heading to Kuala Kubu Bharu and singgah kt Tesco
Rawang, masing2 dah kebulur gamaknye.. makan je la kat mane2 yg boleh.. haha..
kat parking pun jadi je.pun boleh…
10.00am ; heading to Kuala Kubu Bharu and singgah Balai Polis Kuala Kubu Bharu sbb nak lapor diri.. ermmm. Lepas report, kitorang
lepak dulu..
11.30am++ ; Kejadian yg malang kat sini.. ok la aku
cerita balik, aku sebenarnya tak pernah bergurau ke bercakap dengan Joe kalau
takde Wani and Jun masa zaman belajar dulu.. haha... And sebelum kejadian, aku bagitau Fifi “aku bukan nye
pernah bercakap sangat dengan dia”, di pendekkan cerita.. masa tunggu Abg Am
pegi isi minyak, kitorang lepak2 kt tepi longkang tu.. pastu aku nampak 1 kete
lalu… aku sesaje la nak menipu, “ha tu Abg Am dah sampai..” tetibe tah macam
mana, aku rasa mcm tak berapa nak stabil..tp
at the same time aku nak try balance kan diri.. lagi malang, aku seolah2
di tiup angin.. aku jatuh betul2 depan Joe.. mencikkkk! Semua orang gelak.. malang betul nasib aku.
gaya polis tu mcm dah ada. haha |
Tak lama pastu Abg Am sampai… kitorang terus bergerak ke
Bukit Kutu. Sampai je park kat padang, Nampak anjing yang jinak2 berkeliaran di
mana2..masa ni bahagi2 barang nak bawak naik..and nak menambah malang nasib
aku, aku tertinggal stock makanan mcm sardine, susu, sup Campbell and ape tah
lagi dalam beg hijau tu.. aku terlupa nak amek dalam si hero, yg park kat
padang Taman Permata.. sedih nyee.. Joe and Wan terpaksa patah balik ke jalan
besar, beli stock nak cover balik barang yg takde. Huu.. seb baik tak jauh sangat…
Abg Am plan nak layan offroad.. tp apakan daya, jalan ke
atas ada tanah runtuh sikit.. so tak leh masuk. Kitorang pun start pendakian
selama 15minit.. track biasa2 je.. landai.. sampai jumpa sungai yg ada jambatan
roboh tu.
Jam dah pukul 12.30pm++ so lepas short discussion, plan
camping je kat tepi sungai and hiking esok pagi.. Aktiviti hari ni.. pasang
tent, pasang hammock, pasang fly, masak memasak, memancing.. nak menambah
malang lagi, kerengga gigit dekat dengan mata aku... Cakit angat auw.. wuuuwuuuu…
acah nanges!
Tak cukup dengan tu.. petang tu, masa aku konon2 nak basuh kuali
baru Abg Am (nak guna untuk isi grill chicken) , arus agak kuat kat tempat tu..
tah macam mana.. kuali hanyut...macam mane boleh slipped from my small fingers, aku nak
keja.. tapi tak pandai berenang.. acaner tu? Aku try la patah balik sampai ke
hujung dunia, sehujung yg boleh.. and tanye kat sorang akak yg mandi kt situ, ade
nampak kuali tak? Die kate “takde”, malang betul nasib aku hari ni. Huhuhu.
Sambil wat muka tak berdosa kat Abg Am, aku terpaksa bagitau kuali terhanyut dek arus.. Abg Am and Joe try gak cari dalam sungai sambil menembak ikan.. tapi takde rezeki, kuali tu bukan milik kita… tapi rezeki nya mungkin kat ikan sungai yg mereka tembak..
Sambil wat muka tak berdosa kat Abg Am, aku terpaksa bagitau kuali terhanyut dek arus.. Abg Am and Joe try gak cari dalam sungai sambil menembak ikan.. tapi takde rezeki, kuali tu bukan milik kita… tapi rezeki nya mungkin kat ikan sungai yg mereka tembak..
ikan sungai..hasil bidikan penembak terhandal.. Abg Am ke Joe? |
Projek Masak-Memasak |
adoyai.. Abg Am cuma mampu geleng kepala.. dah la kuali nya aku hanyutkan, cover lampu nya pecah pula..
lepas makan.. ade yg masuk khemah awal.. hujan dah sedikit
reda.. geng lelaki wat unggun api.. rare gitu.. sambung borak2 sambil plan esok
nak naik ke puncak pukul berapa… plan punya plan, semua setuju pukul 4.00am dah
start hiking..
Sebelum lupa nak cerita, malam ni part of geng lelaki pergi
memancing guna umpan roti, tp pancing Abe Joe je mengena.. ikan bakar siap!
sedap rasanye. Hihi..
15 Nov 2015 - Sunday
12.30am++ - Masa ni Joe wat jemput2.. yg rasanya sedap..tp
agak keras seperti biskut. Hahaha. tapi sedap laaa.. Abg Am masak nasi guna
buluh.ade geng yg tak tido lagi.. prepare untuk breakfast esok.. semua orang
dah semakin layu. Khairul, Mierul, AFiqah yg tadi teman wat cekodok pun dah
masuk tidur..Ngantuk betul.. terus tukar plan (kite2 je – aku, Wani, Fifi, Abg
Am, Joe), lepas subuh kita naik..confirm! Pukul 1.00am baru lah aku merasa
tidur dalam hammock system strata.. Lena betul. Haha. Trip kali ni perempuan
lebih macho sebab semua tidur hammock, geng lelaki lak tidur khemah kecuali Abg
Am and Wan. Booo….
Project jemput-jemput Joe
|
6.30am – Wani kejut.. solat subuh. Semua orang terima
hakikat dengan gembira, tak naik puncak pukul 4.00am.. kui3. Masing2 geng
perempuan ke sungai.. buat apa yg patut.. gosok gigi.. cuci muka.. ambil wudhuk
and solat la ape lagi kat surau berhampiran (khemah ishak kot)
7.30am - hari pun dah makin terang.. geng lelaki dah
berkumpul kat tepi sungai pekena jemput2 Abe Joe + wat kopi.. makan roti rebut2
cicah sardine. Haha
8.00am – start hiking.. track selepas melalui jambatan
roboh.. utk 15minit pertama rileks2 je..(jangan confused..bila jumpa 2 simpang, take the right one.. ulang semula.. take the right one! simpang pertama yg ke kiri menuju ke Lata medang.
lepas ambil simpang ke kanan...jumpa sungai 2x baru track yg sebenar2 nya menguji.. dah nama pun mendaki gunung.. memang mendaki je la.. takde yg flat.. (ade la sikit2) dalam 45 - 80 degree slope. tapi perhatian ku lebih tertarik pada pepohon buluh yang rimbun dan mendamaikan. Mungkin ini lah damai yg ku cari.. kah3. dah 2-3x aku pernah dengar orang suruh aku duduk hutan, sebab aku enjoy.. lebih dari hidup di kota.. lebih dari apa yg aku tau.. perhhh.. gitu geng..
sebelum start hiking |
lepas ambil simpang ke kanan...jumpa sungai 2x baru track yg sebenar2 nya menguji.. dah nama pun mendaki gunung.. memang mendaki je la.. takde yg flat.. (ade la sikit2) dalam 45 - 80 degree slope. tapi perhatian ku lebih tertarik pada pepohon buluh yang rimbun dan mendamaikan. Mungkin ini lah damai yg ku cari.. kah3. dah 2-3x aku pernah dengar orang suruh aku duduk hutan, sebab aku enjoy.. lebih dari hidup di kota.. lebih dari apa yg aku tau.. perhhh.. gitu geng..
ni dah jalan sampai last waterpoint |
10.30am – sampai ke Batu Tedung.. posing seround dua.. dan yang sebenarnya asal ada tempat cantik.. menyinggah aje, camni lah geng cara kita hargai alam.. kalau boleh. Kalau boleh la.. semua yg indah tu aku nak potretkan, tapi akhirnya aku potretkan cuma melalui lensa mata dan tersimpan kukuh dalam memori. Memori aku.. memori kita.. sebab kalau nak snap semua, mau hang handphone kau..
12.00pm – dah sampai bawah puncak.. nampak chimney.. benda pertama yg dicari ialah banglo peninggalan British tu.. itu lah yg memicu semangat aku mendaki ke sini sebenarnya. Kan dah pernah bagitau.. aku mencari yg rare. Kitorang pusing belakang chimney.. takde pun banglo tersebut. Dan akhirnya, kitorang naik ke puncak dulu.. tengok punya la ramai org tengah tunggu turn nak panjat ke batu.. iaitu puncak yg sebenar2 nya.
Nampak ada 1 geng baru naik dari satu arah (baru balik dari
banglo) , kitorang tanya lokasi..so, kitorang pun kejar banglo dulu la.. Mok
jadi guide.. budak yg sorang ni kitorang jumpa kt hammock bawah puncak td
sambil perli2 (‘balik2 muka sama yg lambat..’) haha.. tau tak.. menikmati
pemandangan? Pukul 5.00am die start hiking, sbb Sal msg die plan nak naik kul
4am.. tapi sayang plan sudah tukar api takde sape yg tau. Kikiki.
12.15pm – naik ke puncak semula.. tunggu turn lebih kurang 30min sebelum dapat naik.. biase la.. orang terpukau dengan keindahan.. sampai terlupa reality sebenar, orang ramai kat bawah ni tengah tunggu turn nak naik batu gak.. (dapat tembikai free dari 1 group hiking..season..nikmatnya makan tembikai masa tu sbb stock air dah tinggal sikit sangat, tu pun tinggal kt bawah puncak)
Wowo the friendly dog. ingat kitorang taktau hukum agama sangat ke? #kauberanikaulawan |
12.15pm – naik ke puncak semula.. tunggu turn lebih kurang 30min sebelum dapat naik.. biase la.. orang terpukau dengan keindahan.. sampai terlupa reality sebenar, orang ramai kat bawah ni tengah tunggu turn nak naik batu gak.. (dapat tembikai free dari 1 group hiking..season..nikmatnya makan tembikai masa tu sbb stock air dah tinggal sikit sangat, tu pun tinggal kt bawah puncak)
12.45pm – gayat tak gayat terpaksa tolak tepi dulu.. merangkak naik ke puncak batu pun aku sanggup, mencari yg rare. Rasa mcm nak berdiri gak.. tapi kaki shaking.. haaaa.. gayat.. kang jatuh tak memasal je.. posing 3-4round. Pastu merangkak turun balik tangga2 kat situ..
1.00pm – kembali ke pangkal jalan.. sebabnya hujan, track jadi licin.. kalau tak hati2.. mmg sliding laa.. so kitorang jalan slow2.. tak de berhenti rehat sangat pun.. perjalanan menurun tak rase penat sangat sebab takde kena daki2 dah.. track menurun dan landai sikit2 jee, lagi2 sbb dah minum kukubima.. kui3.. jalan punya jalan, pastu lepak tepi jap… jumpa 2 org mamat turun bawak sampah..aku ingat kan penjaga Bukit Kutu. Ahaha.. rupanya mereka mempunyai semangat tinggi seorang pencinta alam sekitar..geng yg tinggal masa ni (aku, Wani, Fifi, Wan, Didi and Joe), . Didi jatuh terpeleot.. Masa ni kaki aku mcm dah sakit sikit, kalau aku tunggu and berehat nanti lagi malas aku nak speed .. so aku wat keputusan speed sikit.. and tunggu dorang kat air terjun nanti… dan akhirnya jumpa air terjun pertama. Berkubang la ape lagi lebih kurang 15minit..
sempat jee aku snap pic ni.. huhu.. |
3.30pm – tak lama pastu, geng lain pun sampai.. lepak and
main2 air jap.. teruskan perjalanan.. ke air terjun ke dua.. lepak lagi dan
lagi.. posing seround dua. huhu
4.15pm – jumpa balik jambatan roboh.. dah dekat sangat, tengok2 geng yg dah sampai dah kemas barang hampir 70%..
perghhh, ade nasi goreng Abg Am.. mmg sedap sangat masa tu.. lapar tahap maksima.. cot cet cot cet.. kemas barang.. lebih kurang pukul 5.30pm, turun balik ke tempat parking kereta (perjalanan 15minit)
Fokus cuma nasi goreng sahaja... |
nak balikkkk dahhhhh |
7.30pm++ – heading to Laila Seafood and makan2 la.. yg ni
cerita mood orang yg dah lapar, orang tak ramai.. tapi makanan kitorang 4 orang
yg datang lambat ni (sesat sikit tadi masa otw ke kedai ni).. tak sampai2.
memang rasa nak marah je (acah je ni..siap nak cancel order) tapi makanan dah
siap.. makan je laa.... dapat makanan terus senyap.. kikiki. Mcm baby la.. nangis2.. dapat susu,
senyap..ngeng~ Lapar kot.. last makan nasi goreng secebis je petang tadi..
9.00pm++ - pulang ke KL semula.. dah berpinar mata nak
terlelap
10.00pm++ - dah sampai rumah.. mungkin ada yg masih dalam
perjalanan.. mcm Wani nak balik Melaka lepas hantar Didi and Fifi.. kul 12.00+
baru sampai.. yg ni cerita aku la.. Cuma aku, terasa2 diri macam kat puncak
batu bukit kutu lagi.. baru nak terlelap.. terkejut.. terkejut.. rasa mcm nak
jatuh. Acrophobia katanya.. when will I completely overcome my fearness???.. ade
hati nak paragliding and bungee jumping.. I just love adventures.. Finding something weird in it.. yang “rare”.Haha. Ok
geng, ngantuk sudah bha, selamat malam semua..
Must WATCH VIDEOS!
wassalam.. sorry baru perasan comment ni. masa tu kami camping kat 1 tanah persendirian sebelum jambatan roboh tu.. selepas jambatan roboh tu pun ade yg camping kt kawasan rata dkt situ..
ReplyDeletethank you for info...baru nak tanya camping kat mana..plan mcm tu jugak nak camping kat kaki gunung lepas tu pagi esok baru hiking
ReplyDeletenice plan. jom ontrek :)
Delete