Busy. Busy. Busy. Hari ni baru sempat nak update pasal Gunung Nuang, ni kalau zaman belajar dulu.. sape tak pass exam. kena repeat kan? lebih kurang sama la ni. hik3. masa Nuang bulan June hari tu, ade geng yg collapse kat Dataran Pacat / sampai Kem Lolo je. tapi kali ni kita sama2 realisasisasisasi kann semangat gunung mereka. yang rare la~
Tapi plan kali ni lebih mencabar..almaklum la newbies ~ sbb masa 1st time hiking Nuang dulu kitorang camping, tapi kali ni kite daypack. berani ke tak berani? haha. ni geng GeoHikers laa... jiwa kental kot~
NEVER LOSE HOPE
tapi bulan November ni hiking macam orang gila sikit.. lepas Bukit Apek > Bukit Kutu > Broga > Gunung Nuang. Bukan biasa2..
mcm biasa la kumpul orang.. so trip kali ni 13 orang join. untuk info Gunung Nuang, refer bawah ni
Location: Gunung Nuang, Selangor
Height: 4898ft (1493m)
Date: 28 November 2015
Participated by: - Am, Amirul, Hisham, Khairul, Fauzi, Abai, Rafiq, Ikhwan, Ain, Wani, Fifi, Yaya, Izsakura
Sebenarnya malam tu.. nak buat gila sikit, hiking and berada kat puncak kul 12.00mlm.. tp ade orang jauh tuu tak sampai2 lagi kul 12. terpaksa lah tangguhkan ke"gila"an itu. Pukul 2.00am, ade beberapa orang geng ni (wani, fifi, izsakura) tengah taichi kat padang. kikiki. tunggu pak supir (Abg Am) datang pick up. dalam kul 2.30am++ kitorang pun menuju lah ke Gunung Nuang setelah deal dengan geng lain, jumpa kat kaki gunung
Kemas Barang |
Report balai dulu laa~ kantoi snap gmbr dlm balai..cover arh! |
3.50am - bincang punya bincang, kitorang decide nak redah je sampai Kem Lolo. yang rare lah kan?
Real Starting Point dalam kegelapan bertemankan headlamp je |
Take 5 kat Kem Buloh |
dah sampai laluan redah sungai - ke Kem Lolo.. dalam 15minit lagi |
Pig Footprint.. (Idaham, 2015) |
Ade budak jatuh - sliding kat batu sungai.. tak memasal je~ |
9.00am - Sampai Dataran Pacat, lepak 15minit sebelum start hiking.
Take 15 kat Dataran Pacat |
Nice View, Nice Creatures, Nice Nice Niceeeeeeeeeeeee |
dapat tag je... #PuncakPengasih |
Geng yang sampai puncak dulu~ |
okerh.. gerak.. gerak ke puncak.. (masa kat sini, dah rasa kaki sakit, ikut kan nak stay je situ.. tunggu orang turun.. tapi dah alang2 lagi 40minit ke puncak, tak rare lah kalau give up awal. ni geng GeoHikers la... NEVER LOSE HOPE. hihihi)
dari pokok kat Dataran Pacat heading to the Peak.. Pic last tu track mencanak tau, nampak je mcm flat, angle salah~ |
12.00pm - Sampai lah Puncak Gunung Nuang.. cukup lah perjalanan mendaki mcm orang gila harini. naik berlari.. turun, menangis. mcm pernah cakap je ni? hahah. menu kat atas ni setakat kopi O and lempeng and kek marble and coklat. jadi la. tetibe ade satu group ni.. agih2 kan tembikai sorang sepotong.. perghhhhh! sedapppp. Thank you geng! hug hug hug
Gambar kat puncak.. |
Sandy welcoming us at the Peak of Nuang |
Acara posing berkumpulan |
Kesan terduduk + sliding kat Puncak. Licingg~ |
1.00pm - start descending to the foot of the mountain. Perjalanan agak slow sbb kaki sakit dah ni. tu la padahnya...
2.00pm - take 5min kat Puncak Pengasih
3.15pm - take 15min kat Dataran Pacat
5.00pm - take 30min kat Kem Lolo, sementara tunggu Ikhwan and Ain.. tidur jap. ya Allah. boleh weyh.. boleh.. tido tepi sungai atas batu pun boleh rasa nikmat.. betul2 nikmat sebab dapat tidur. tahu tak malam td kite 3 orang ni tak tidur? Wani sampai pun dah pukul 12.30am ++ , kemas barang.. cot cet cot cet.. kul 1.30am dah gerak ke padang...
Take 30min. Tido jappp.. hehe~ |
masa ni tinggal kite 3 orang je (Fifi, Wani, Izsakura), geng yang lain dah speed and dah sampai bawah pun. kitorang slow sbb injured. seriously and no kidding. kaki sakit.. gila la mcm nak gila tak henti2 jalan. kami slow2 jalan tanpa henti. paling lama berhenti pun 5minit sbb nak tukar bateri head lamp.. kaki sakit pun ku gagahkan jua... ni geng GeoHikers la.. pantang menyerah sebelum kalah. NEVER LOSE HOPE gitewww. dalam perjalanan ke tempat parking yg jauh lagi tuu,, bertembung dengan geng2 hikers lain yg nak camping. bagi salam - jawab salam. bagi salam - jawab salam.
7.30pm - Akhirnya sampai jua ke Parking Lot, geng lain tengah tunggu dengan menghidangkan senyuman + air 100plus perisa lemon ice. dorang dah sampai bawah sekitar pukul 3pm - 6pm. pukul 3.00pm n...i si fauzi, gila budak ni berlari ke ape.. Abg Am sampai bawah pukul 5.00pm. yg lain dalam pukul 6.00pm+ camtu.
(total.. ni cincai kire laa = 6 jam 30 minit - 30 minit lepak tidur kat kem Lolo, kire 6 jam perjalanan turun ke kaki gunung)
Misi sekarang menunggu Ikhwan dan Ain.. tunggu punya tunggu, tak sampai2.. sembang punya kencang, tak muncul2. last nye.. Amirul call Ikhwan.. Ikhwan suruh kitorang gerak dulu. die and Ain dah sampai kat jalan tar.. means lebih kurang 15minit lagi.. tp Ain injured tu yg slow.. so bincang punya bincang, kitorang decide tunggu kedai makan berhampiran....lapar gila kot.
Selit sikit gambar track yg mencanak lagi licin dari Bird's-eye view - cerita dari Nuang |
Tu je la perjalanan DAYPACK NUANG 28112015, nak repeat lagi ke tak? Pleaseeeee, jangan ajak.. sbb aku takut tak mampu nak menolak. hahaha. kbai~
So plan ni cancel, kite tukar Misi Cik Bunga dan Encik Buah kat Gunung Bunga Buah.
hahaha. SIYUSUN gais!
Next: Gunung Bunga Buah,Selangor-Pahang
nak komen ape ye? hmmm, newbie mcm sy ni boleh naik nuang x?
ReplyDeletehehe.. boleh je nak naik nuang. mental n fizikal kne kuat. youcandoit azim-san!
Delete