Date : 14-16 Oktober 2016
Line Up : 11 person
Location : Gunung Tahan via Merapoh
13 OKTOBER 2016 (KHAMIS)
Trip
kali ni menampilkan hampir majoriti muka-muka baru dalam team #GEOHIKERS yang
terdiri daripada 2 orang pendaki baru iaitu Aizat & Halimi yang baru
berjinak-jinak dalam pendakian yang memerlukan masa yang sangat panjang. Kasi
can ler. Kami buat konsep carpool yg terdiri daripada 3 group.
1. Group Putrajaya
-
Man
-
Azmi
-
Fareez
-
Azim
2. Group Shah Alam
-
Bobby
-
Huda
-
Aizat
3. Group Putrajaya
-
Naz
-
Halimi
-
Wani
-
Hanna G7
Pada
mulanya, masing2 sepakat nak kumpul kat Shell Gombak tapi lokasi berkumpul
bertukar sebab Group dari Shah Alam sampai agak lewat oleh kerana diorang pergi
ambil baju #TEAMTAHAN dulu kat Meru.
Group dari Putrajaya setuju untuk lepak kat mamak kat Sri Gombak sambil
borak-borak kosong. Pada mulanya masing-masing simpan punchline / cerita untuk
disembur kat atas. Salah satu kejadian
yang tak dapat kami lupakan ialah Hanna kencing ktorg bulat-bulat kata yang dia
x pergi dan mintak orang lain menyamar jadi peserta. Pundek sungguh Hanna ni.
Hahaha 🤣
XXXXXXXXXXXXXXXXX
14 OKTOBER 2016 (JUMAAT)
Tak
lama lepas tu, Group dari Shah Alam sampai dan terus ktorg gerak. Rasanya kul
1.20 pagi jugak kami gerak. Perjalanan ke Merapoh memakan masa lebih 4 jam.
Nasib la masa tu pilot-pilot telan Nescafe bergelas-gelas taknak bagi mengantuk.
On the way ke sana, keadaan jalan agak bersimpang siur dan signboard yang
kurang jelas tapi still boleh follow lagi. Akhirnya jam 5.30 pagi kami sampai
kat Masjid Kg. Merapoh dan rehat & solat kejap kat sana sambil tunggu
siang.
Start
kul 7.30 pagi kami bersiap-siap untuk bergerak ke kedai makan terdekat untuk
breakfast dan pada kul 7.50 pagi kami tiba di sebuah kedai makan nasi lemak
berlauk sambil menghirup air teh/ kopi/ Nescafe 0 supaya taknak bagi terberon
masa ontrek.
Sarap dulu!!!!!
Dalam
kul 9.00 pagi kami bergerak ke Taman Negara Pahang Sungai Relau yang memakan
masa selama 7 minit dengan jarak 7 km. Setibanya kami di sana, kami disambut
oleh seorang pegawai dan seorang guide bernama Ismail atau lebih dikenali
sebagai Abang Mail. Di sana kami diminta untuk mengeluarkan kesemua
barang-barang yang akan dibawa bersama untuk proses declaration. Setiap item
yang dibawa perlu didaftarkan supaya kebersihan Taman Negara Pahang kekal
terpelihara.
Selamat datang ke Taman Negara Pahang,
Sg Relau
Kasi keluar barang dulu!!!!
Kasi angkat beg dulu!!!!
Lebih
kurang jam 10.25 pagi kami bertolak ke Kuala Juram (starting point pendakian)
menaiki sebuah 4 wheel drive (lebih dikenali sebagai powil) yang memakan masa
selama 30 minit dengan jarak 13 km. Sepanjang perjalanan kami disajikan
pemandangan yang sangat indah ditemani kicauan burung dan bunyi haiwan-haiwan
yang lain.
Masing-masing tengah declare
barang-barang
Kenangan menaiki powil baq ang!!!!
Setibanya
kami di Kuala Juram yang mempunyai ketinggian 309 M, kami mendengar taklimat
dari Abg Mail berhubung pendakian. Menurut Abg Mail pendakian pada hari
tersebut memakan masa selama 5 jam dengan jarak pendakian sepanjang 13.5 km
menuju ke Kem Kor.
Line Up Team Tahan kali ni termasuk Abg
Mail hensem!!!!
Kami
memulakan pendakian pada jam 11.30 pagi dan tiba di Kuala Luis yang mempunyai
ketinggian 306 M pada 1.00 petang bagi menikmati makan tengahari yang telah
kami tapau di Merapoh. Seterusnya kami meneruskan baki perjalanan dan akhirnya
kami tiba di Kem Kor pada jam 3.30 petang.
Berehat sat makan tengahari di Kuala
Luis!!!
Yeayyyyy sudah sampai Kem Kor (750 M)
Setibanya
kami di sana, kami terus memasang fly sheet dan ground sheet sambil beberapa
orang membuat air Teh O bagi menghilangkan dahaga. Selepas itu, beberapa orang
teammate mula memasak untuk makan malam dan beberapa teammate yang lain mandi-manda,
solat dan berehat. Pada malam tersebut aktiviti agak santai dan beberapa orang
teammate sibuk menyediakan sandwich telur
dan nasi berlauk padprik ayam bagi persediaan pendakian yang mencabar
pada keesokan harinya.
XXXXXXXXXXXXXXXXX
15 OKTOBER 2016 (SABTU)
Kami
bangun dari tidur jam 12.30 tengah malam dan bersiap-siap untuk meneruskan
pendakian ke puncak Gunung Tahan. Setelah guide memberikan sepatah kata dua,
kami meneruskan pendakian seawal jam 2.10 pagi dipimpin oleh Abg Mail.
Sepanjang pendakian, suasana sangat gelap dan sunyi dengan hanya kendengaran
hilai tawa kami terutamanya Fareez yang boleh dikatakan Pak Maharajawalak dalam
kalangan kami.
Setelah
4 jam pendakian, kami tiba di Kem Berlumut untuk solat subuh dan menikmati
sarapan pagi.
Keadaan di Kem Berlumut (1493 M)
Pada
jam 7.05 pagi, kami meneruskan pendakian dan tiba di Kem Bonzai pada 9.30 pagi
untuk melepaskan penat sebelum meneruskan pendakian ke Kem Botak.
Chillax kat Kem Bonzai
Kem Bonzai (1,705 M)
Setibanya
di Kem Botak pada jam 11.30 tengahari, kami menikmati makan tengahari.
View route ke puncak Tahan dari Kem
Botak
Selepas
itu, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan AKHIRNYA kami tiba di
puncak Gunung Tahan pada jam 12.45 tengahari. Jarak antara Kem Kor ke puncak
Gunung Tahan adalah 18.5 km yang memakan masa lebih 10 jam sambil disajikan
rintangan pendakian yang sangat mencabar.
Kesemua line up dengan muka bongkaknya
yang berjaya menawan Puncak Tahan diketuai oleh Keca!!!
Bersama Abg Mail yang telah berjaya
menawan Puncak Tahan sebanyak 431 kali!!!!
Wakil dari JPTFITHIKERS
Wakil dari Sportrec UiTM
Setelah
melepaskan penat lelah di puncak, kami meneruskan perjalanan turun Kem Kor
tepat jam 1.20 petang dan dijangka akan sampai ke Kem Kor pada jam 9.00 malam.
Perjalanan turun tidak mudah seperti yang dijangka kerana masing-masing telah
“all out” sepanjang pendakian naik ke puncak dan kawasan pendakian yang agak
curam menyukarkan kami bergerak pantas.
Semasa
geng-geng sweeper berehat di Kem Bonzai kira-kira jam 2.45 petang, salah
seorang daripada mereka iaitu Abg Man terbau suatu haruman yang sangat wangi
lantas mengajak geng-geng sweeper yang lain beredar dari tempat tersebut.
Lebih kurang macam ni
lah bau dia. Seram mak!!!
View puncak Tahan dari Kem Bonzai. Kat
sini kami terbau harum menyundal!!!
Setelah
4 jam bergerak, kami berhenti berehat di Kem Berlumut untuk solat Asar/ Zuhur
dan terus bergerak ke Kem Kubang untuk berhenti seketika sementara menunggu
waktu solat Maghrib. Menurut kata Abg Mail, para pendaki perlu berhenti
seketika waktu ini memandangkan peralihan waktu yang mengundang pelbagai
kes-kes sesat di kawasan hutan. Sewaktu Nazri mengalunkan azan Maghrib, salah
seorang dari ahli Geo Hikers (Huda) ternampak lembaga hitam berada berdekatan
dengan Nazri. Yang menjadi tanda tanya, hanya dia sahaja ternampak lembaga
hitam tersebut.
Berehat kejap untuk solat asar di Kem
Berlumut!!!
Jilake sungguh lembaga ni. Ajak solat
takmau!! (Gambar sekadar hiasan)
Kejadian
mistik bersambung di sepanjang perjalanan dari Kem Kubang menuju ke Kem
Permatang di mana Halimi ternampak kelibat yang menyerupai Abg Mail menuruni
kawasan curam yang sangat bahaya. Mujur Nazri menyedari perkara tersebut lantas
menegur Halimi supaya meneruskan perjalanan ke arah yang betul.
Tidak
berapa lama perjalanan ke Kem Permatang, kejadian mistik sekali lagi berulang
apabila Nazri ternampak lembaga hitam sedang bertenggek di atas kayu tunggul
yang berada di kawasan trek menuju ke Kem Permatang.
Taktau la hantu jenis apa yang
bertenggek. Nak kata hantu raya, raya dah lepas. Hmmm (Gambar sekadar hiasan)
Akhirnya
pada jam 10.00 malam, kesemua ahli Geo Hikers selamat tiba di Kem Kor. Ada di
antaranya membersihkan diri, memasak dan tidur akibat kepewaian yang melampau
tahap dewa. Malam tersebut kami dihidangkan dengan nasi impit dan ayam masak
merah. Nyum2!!!!
XXXXXXXXXXXXXXXXX
16 OKTOBER 2016 (AHAD)
Rata-rata
dari kami bangun dari tidur jam 8.00 pagi sambil beberapa orang kami sibuk
memasak Nasi Lemak Cinta Ustaz yang merupakan makanan yang paling marvelous
sepanjang trip ini.
Bukti sebenar keenakan Nasi Lemak Cinta
Ustaz yang tiada tolok bandingannya!!!
Selepas
menjamu selera ditemani oleh bau-bauan ahli-ahli Geo Hikers yang menusuk kalbu,
kami bersiap-siap untuk turun ke Kuala Juram. Kami bertolak dari Kem Kor pada
jam 10.40 pagi. Semasa perjalanan ke Lata Luis, 2 orang dari kami muntah dan
tidak bermaya lantas yang sedikit memakan masa. Namun kami masih berpegang pada
prinsip “KITA MENANG SAMA-SAMA, KITA KALAH SAMA-SAMA”. Tapi prinsip hanya
tinggal prinsip. Hanya geng-geng sweeper yang banyak membantu mereka berdua
(ABAM BOMBA I LOVE YOU). Sementara yang lain bergerak pantas ke Kuala Juram.
Bukan disebabkan kami pentingkan diri sendiri tetapi kami mengejar masa abam powil
oleh kerana powil tidak akan beroperasi selepas jam 6.00 petang. So, kalau
lambat mereput lah kau kat Kuala Juram. Akhirnya tepat jam 4.30 petang, kesemua
pendaki berjaya sampai ke Kuala Juram selepas penat lelah melawan mental dan
fizikal sepanjang trek.
Gaya beruk makye Abam Bobby kita!!!
Ini lah wajah-wajah wira sweeper yang
tidak didendang!!! Salute!!!!
Kami
bergerak ke Pejabat Hutan Sungai Relau pada jam 4.45 petang dan tiba di sana
pada jam 5.15 petang. Kami diminta untuk declare barang-barang kami bawa turun
sebelum masing-masing membersihkan diri dan solat.
Kami
bergerak keluar dari kawasan tersebut pada jam 6.30 petang sebelum mencari
kedai makan di sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya kami berhenti di sebuah
kedai makan di kawasan berdekatan Kuala Lipis untuk makan malam sebelum
bergerak ke R&R Gombak untuk berkumpul sebelum masing-masing berpecah.
Maka
tamatlah pengembaraan salah satu dari 7 gunung tertinggi di Semenanjung
Malaysia dan gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung
Malaysia. Jumpa lagi di trip akan datang.
Jom
layan bingkisan video sepanjang trip kali ini.
PART 1
PART 2
PART 3 - THE END
#HANNAGRADG7ONHERBELATEDBIRTHDAY
#GEOHIKERS #RAREHIKERS
Credit to Nazri for the entry
Blogger : Nazri Subri
No comments:
Post a Comment
Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!