Friday, April 7, 2017

GeoHikers #teamTahan trip PONDAN? (141016-161016)

Date           :        14-16 Oktober 2016
Line Up     :        11 person
Location   :        Gunung Tahan via Merapoh


13 OKTOBER 2016 (KHAMIS)

Trip kali ni menampilkan hampir majoriti muka-muka baru dalam team #GEOHIKERS yang terdiri daripada 2 orang pendaki baru iaitu Aizat & Halimi yang baru berjinak-jinak dalam pendakian yang memerlukan masa yang sangat panjang. Kasi can ler. Kami buat konsep carpool yg terdiri daripada 3 group.

1.      Group Putrajaya
          - Man
          - Azmi
          - Fareez
          - Azim

2.      Group Shah Alam
          - Bobby
          - Huda
          - Aizat

3.      Group Putrajaya
          - Naz
          - Halimi
          - Wani
          - Hanna G7

Pada mulanya, masing2 sepakat nak kumpul kat Shell Gombak tapi lokasi berkumpul bertukar sebab Group dari Shah Alam sampai agak lewat oleh kerana diorang pergi ambil baju #TEAMTAHAN dulu kat Meru. Group dari Putrajaya setuju untuk lepak kat mamak kat Sri Gombak sambil borak-borak kosong. Pada mulanya masing-masing simpan punchline / cerita untuk disembur kat atas.  Salah satu kejadian yang tak dapat kami lupakan ialah Hanna kencing ktorg bulat-bulat kata yang dia x pergi dan mintak orang lain menyamar jadi peserta. Pundek sungguh Hanna ni. Hahaha 🤣

XXXXXXXXXXXXXXXXX

14 OKTOBER 2016 (JUMAAT)

Tak lama lepas tu, Group dari Shah Alam sampai dan terus ktorg gerak. Rasanya kul 1.20 pagi jugak kami gerak. Perjalanan ke Merapoh memakan masa lebih 4 jam. Nasib la masa tu pilot-pilot telan Nescafe bergelas-gelas taknak bagi mengantuk. On the way ke sana, keadaan jalan agak bersimpang siur dan signboard yang kurang jelas tapi still boleh follow lagi. Akhirnya jam 5.30 pagi kami sampai kat Masjid Kg. Merapoh dan rehat & solat kejap kat sana sambil tunggu siang.
Start kul 7.30 pagi kami bersiap-siap untuk bergerak ke kedai makan terdekat untuk breakfast dan pada kul 7.50 pagi kami tiba di sebuah kedai makan nasi lemak berlauk sambil menghirup air teh/ kopi/ Nescafe 0 supaya taknak bagi terberon masa ontrek.


Sarap dulu!!!!!

Dalam kul 9.00 pagi kami bergerak ke Taman Negara Pahang Sungai Relau yang memakan masa selama 7 minit dengan jarak 7 km. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh seorang pegawai dan seorang guide bernama Ismail atau lebih dikenali sebagai Abang Mail. Di sana kami diminta untuk mengeluarkan kesemua barang-barang yang akan dibawa bersama untuk proses declaration. Setiap item yang dibawa perlu didaftarkan supaya kebersihan Taman Negara Pahang kekal terpelihara.


Selamat datang ke Taman Negara Pahang, Sg Relau

  


Kasi keluar barang dulu!!!!


Kasi angkat beg dulu!!!!


Lebih kurang jam 10.25 pagi kami bertolak ke Kuala Juram (starting point pendakian) menaiki sebuah 4 wheel drive (lebih dikenali sebagai powil) yang memakan masa selama 30 minit dengan jarak 13 km. Sepanjang perjalanan kami disajikan pemandangan yang sangat indah ditemani kicauan burung dan bunyi haiwan-haiwan yang lain.


Masing-masing tengah declare barang-barang


Kenangan menaiki powil baq ang!!!!


Setibanya kami di Kuala Juram yang mempunyai ketinggian 309 M, kami mendengar taklimat dari Abg Mail berhubung pendakian. Menurut Abg Mail pendakian pada hari tersebut memakan masa selama 5 jam dengan jarak pendakian sepanjang 13.5 km menuju ke Kem Kor.


Line Up Team Tahan kali ni termasuk Abg Mail hensem!!!!

  
Kami memulakan pendakian pada jam 11.30 pagi dan tiba di Kuala Luis yang mempunyai ketinggian 306 M pada 1.00 petang bagi menikmati makan tengahari yang telah kami tapau di Merapoh. Seterusnya kami meneruskan baki perjalanan dan akhirnya kami tiba di Kem Kor pada jam 3.30 petang.


Berehat sat makan tengahari di Kuala Luis!!!

  

Yeayyyyy sudah sampai Kem Kor (750 M)

Setibanya kami di sana, kami terus memasang fly sheet dan ground sheet sambil beberapa orang membuat air Teh O bagi menghilangkan dahaga. Selepas itu, beberapa orang teammate mula memasak untuk makan malam dan beberapa teammate yang lain mandi-manda, solat dan berehat. Pada malam tersebut aktiviti agak santai dan beberapa orang teammate sibuk menyediakan sandwich telur  dan nasi berlauk padprik ayam bagi persediaan pendakian yang mencabar pada keesokan harinya.


XXXXXXXXXXXXXXXXX

15 OKTOBER 2016 (SABTU)

Kami bangun dari tidur jam 12.30 tengah malam dan bersiap-siap untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan. Setelah guide memberikan sepatah kata dua, kami meneruskan pendakian seawal jam 2.10 pagi dipimpin oleh Abg Mail. Sepanjang pendakian, suasana sangat gelap dan sunyi dengan hanya kendengaran hilai tawa kami terutamanya Fareez yang boleh dikatakan Pak Maharajawalak dalam kalangan kami.
Setelah 4 jam pendakian, kami tiba di Kem Berlumut untuk solat subuh dan menikmati sarapan pagi.


Keadaan di Kem Berlumut (1493 M)


Pada jam 7.05 pagi, kami meneruskan pendakian dan tiba di Kem Bonzai pada 9.30 pagi untuk melepaskan penat sebelum meneruskan pendakian ke Kem Botak.


Chillax kat Kem Bonzai



Kem Bonzai (1,705 M)



Setibanya di Kem Botak pada jam 11.30 tengahari, kami menikmati makan tengahari.



View route ke puncak Tahan dari Kem Botak


Selepas itu, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan AKHIRNYA kami tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 12.45 tengahari. Jarak antara Kem Kor ke puncak Gunung Tahan adalah 18.5 km yang memakan masa lebih 10 jam sambil disajikan rintangan pendakian yang sangat mencabar.


Kesemua line up dengan muka bongkaknya yang berjaya menawan Puncak Tahan diketuai oleh Keca!!!



Bersama Abg Mail yang telah berjaya menawan Puncak Tahan sebanyak 431 kali!!!!



Wakil dari JPTFITHIKERS



Wakil dari Sportrec UiTM

  
Setelah melepaskan penat lelah di puncak, kami meneruskan perjalanan turun Kem Kor tepat jam 1.20 petang dan dijangka akan sampai ke Kem Kor pada jam 9.00 malam. Perjalanan turun tidak mudah seperti yang dijangka kerana masing-masing telah “all out” sepanjang pendakian naik ke puncak dan kawasan pendakian yang agak curam menyukarkan kami bergerak pantas.

Semasa geng-geng sweeper berehat di Kem Bonzai kira-kira jam 2.45 petang, salah seorang daripada mereka iaitu Abg Man terbau suatu haruman yang sangat wangi lantas mengajak geng-geng sweeper yang lain beredar dari tempat tersebut.


Lebih kurang macam ni lah bau dia. Seram mak!!!


View puncak Tahan dari Kem Bonzai. Kat sini kami terbau harum menyundal!!!



Setelah 4 jam bergerak, kami berhenti berehat di Kem Berlumut untuk solat Asar/ Zuhur dan terus bergerak ke Kem Kubang untuk berhenti seketika sementara menunggu waktu solat Maghrib. Menurut kata Abg Mail, para pendaki perlu berhenti seketika waktu ini memandangkan peralihan waktu yang mengundang pelbagai kes-kes sesat di kawasan hutan. Sewaktu Nazri mengalunkan azan Maghrib, salah seorang dari ahli Geo Hikers (Huda) ternampak lembaga hitam berada berdekatan dengan Nazri. Yang menjadi tanda tanya, hanya dia sahaja ternampak lembaga hitam tersebut.


Berehat kejap untuk solat asar di Kem Berlumut!!!



Jilake sungguh lembaga ni. Ajak solat takmau!! (Gambar sekadar hiasan)


Kejadian mistik bersambung di sepanjang perjalanan dari Kem Kubang menuju ke Kem Permatang di mana Halimi ternampak kelibat yang menyerupai Abg Mail menuruni kawasan curam yang sangat bahaya. Mujur Nazri menyedari perkara tersebut lantas menegur Halimi supaya meneruskan perjalanan ke arah yang betul.

Tidak berapa lama perjalanan ke Kem Permatang, kejadian mistik sekali lagi berulang apabila Nazri ternampak lembaga hitam sedang bertenggek di atas kayu tunggul yang berada di kawasan trek menuju ke Kem Permatang.


Taktau la hantu jenis apa yang bertenggek. Nak kata hantu raya, raya dah lepas. Hmmm (Gambar sekadar hiasan)


Akhirnya pada jam 10.00 malam, kesemua ahli Geo Hikers selamat tiba di Kem Kor. Ada di antaranya membersihkan diri, memasak dan tidur akibat kepewaian yang melampau tahap dewa. Malam tersebut kami dihidangkan dengan nasi impit dan ayam masak merah. Nyum2!!!!

 XXXXXXXXXXXXXXXXX

16 OKTOBER 2016 (AHAD)

Rata-rata dari kami bangun dari tidur jam 8.00 pagi sambil beberapa orang kami sibuk memasak Nasi Lemak Cinta Ustaz yang merupakan makanan yang paling marvelous sepanjang trip ini.


Bukti sebenar keenakan Nasi Lemak Cinta Ustaz yang tiada tolok bandingannya!!!


Selepas menjamu selera ditemani oleh bau-bauan ahli-ahli Geo Hikers yang menusuk kalbu, kami bersiap-siap untuk turun ke Kuala Juram. Kami bertolak dari Kem Kor pada jam 10.40 pagi. Semasa perjalanan ke Lata Luis, 2 orang dari kami muntah dan tidak bermaya lantas yang sedikit memakan masa. Namun kami masih berpegang pada prinsip “KITA MENANG SAMA-SAMA, KITA KALAH SAMA-SAMA”. Tapi prinsip hanya tinggal prinsip. Hanya geng-geng sweeper yang banyak membantu mereka berdua (ABAM BOMBA I LOVE YOU). Sementara yang lain bergerak pantas ke Kuala Juram. Bukan disebabkan kami pentingkan diri sendiri tetapi kami mengejar masa abam powil oleh kerana powil tidak akan beroperasi selepas jam 6.00 petang. So, kalau lambat mereput lah kau kat Kuala Juram. Akhirnya tepat jam 4.30 petang, kesemua pendaki berjaya sampai ke Kuala Juram selepas penat lelah melawan mental dan fizikal sepanjang trek.


Gaya beruk makye Abam Bobby kita!!!



Ini lah wajah-wajah wira sweeper yang tidak didendang!!! Salute!!!!


Kami bergerak ke Pejabat Hutan Sungai Relau pada jam 4.45 petang dan tiba di sana pada jam 5.15 petang. Kami diminta untuk declare barang-barang kami bawa turun sebelum masing-masing membersihkan diri dan solat.

Kami bergerak keluar dari kawasan tersebut pada jam 6.30 petang sebelum mencari kedai makan di sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan di kawasan berdekatan Kuala Lipis untuk makan malam sebelum bergerak ke R&R Gombak untuk berkumpul sebelum masing-masing berpecah.

Maka tamatlah pengembaraan salah satu dari 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Jumpa lagi di trip akan datang.

By #HANNARARE : kalau aku dapat siapa cakap trip tahan via merapoh ni trip pondan, aku nak tampo die. ke sebab compress 3hr 2 mlm? tu yg pewai habeh. hahah. kbai~

Jom layan bingkisan video sepanjang trip kali ini.

PART 1


PART 2


  PART 3 - THE END


 #HANNAGRADG7ONHERBELATEDBIRTHDAY
#GEOHIKERS #RAREHIKERS

Credit to Nazri for the entry


Blogger : Nazri Subri

Wednesday, August 24, 2016

HikersGedikSantai - Tabur Extreme (200816)

Date : 20 August 2016
Line Up : Panda, Abg Jebat, Abg Adam, Abg Mat,Afham, Fifi & Hanna
Location : Bukit Tabur (Extreme), Taman Melawati.KL

9.00am - Sebelum start tracking : Kebun Sayur
10.00am - Panjat batu

11.00am - Final Peak : Tabur Extreme
team Malaysia

Tempat rehat 1st : take 10

Perjalanan turun ke starting point


12.30pm : kedai makan
#hannavlogstory