Wednesday, June 8, 2016

Gunung Ledang via Asahan

Credit to Nazri for the entry

Date          :    4-5 Jun 2016
Line Up     :    9 person 
Location    :    Gunung Ledang via Asahan


4 JUN 2016 (SABTU)

Trip kali ni berbeza sikit dari trip lain. Kebanyakannya ahli-ahli baru Geo Hikers. Biasa la dak2 newbie nak ikot. Kasi can ler. Kami buat konsep carpool yg terdiri daripada 3 group.

1.      Group Putrajaya
          - Man
          - Naz
          - Bobby
          - Abe

2.      Group Shah Alam
          - Azim
          - Khai

3.      Group Selayang/Melaka
          - Radzli
          - Hanna
          - Wani

Pada mulanya, masing2 sepakat nak kumpul kat RNR Ayer Keroh. Group Shah Alam sampai dulu lebih kurang kul 1.30 pagi. Then Group Putrajaya sampai kul 2 pagi. Sementara tunggu Group Selayang sampai, kami bentang ground sheet kat Petronas RNR Ayer Keroh. Sempat jgk la masak maggi. Nyum2. Tunggu punya tunggu. Tgk jam dah kul 4 pagi. Tak boleh jadi ni, mau menyirap tunggu lama lagi

Kami decide nak terus gerak ke masjid dekat2 dengan Asahan.

tido dulu sementara tunggu geng lain sampai
Ni dia group paling lambat!!!!
Sampai kat Masjid Al-Bukhari Asahan. Masing-masing nak cari toilet. Sekali gerak gi belakang. Tgk toilet tepi kubur. OMGGGGGGG!!! Kus semangat. Xpa la paip nk bocor dah. Layankan aje.

Kami tunggu sampai Subuh & solat terus kat sana. Then Group dari Selayang sampai dengan muka selamba sambil hulur sebekal spagetthi sorang. Mak aiiiii makan spagetthi breakfast. Time tu masing2 macam malu2 kucing nak tego.

7.00 am - Lepas breakfast, terus bentang ground sheet nak bagi2 ration. Standard la barang byk xkan nak angkat sorang kan?. Ape yang penting, KERJASAMA!!!



Tengah bagi2 ration
Suasana pagi dari Masjid Al Bukhari Asahan 
berlatar belakangkan Gunung Ledang

Kami gerak ke kaki Gunung Ledang lebih kurang kul 8 pagi & sampai lebih kurang kul 8.15 pagi. Sesampai je kat sana rupanya ada 1 group lagi naik sekali. Kami panggil group CEO sebab ada CEO company diorg join sekali. Untunglaaaaaa!!!!!

Lepas park kete, guide terus bagi borang checklist brg warna hijau utk pendaki isi. Mak aiiiii x penah lagi naik gunung kene isi sedetail mcm tu. Lepas guide bagi taklimat, kami pon start trekking lebih kurg kul 9.30 pagi. Group kami dapat 2 guide yang still freshie lagi. Masa start tu pace laju jgk. Biasa la masing2 first time naik. Ingat celah gigi je. Sampai kat CP1, masing2 dah start mengah. Al maklumlah semua bawak beg berat mcm batu.

Otw ke CP1. Dia punya penat. Kalah marathon
take 5 jap
CP 2 : Hentian Anuman

Salah sorg ahli Geo Hikers sempat lagi tido
CP 3 : Hentian Unggas

CP 4 : Lembah Beruang
CP 5 - Batu Berlumut
CP 6 - Padang Batu

Perjalanan ke campsite agak memenatkan jgk sbb permukaan gunung yang turun naik especially dari CP1 ke CP2 & CP 5 ke CP6. Langkah terakhir ke CP6 terhenti kejap sbb kami terpaksa mendaki laluan penuh berliku di batu hampar dengan curam 75 degree dengan menggunakan tali. Lebih kurang 100 meter tingginya. 


Batu hampar yang menghamparkan seribu kenangan kepada kami.

Kesemua ahli selamat tiba di CP6 iaitu Kem Padang Batu kul 3.00 petang dan terus kerja-kerja memasang ground sheet, fly sheet dan memasang dilakukan. Petang tu kami dihidangkan dengan lauk kari ayam dengan ubi KERAS yang tersangatlah enak sehingga menjilat jari dan menjilat ape yang patot. JANGAN PIKIR KOTOR. BULAN PUASA NI!!!



Kerja-kerja menyetap khemah




Geng yang collapse! kah3.
membuta je  keje.. bangun tido tau makan je!
Sumpah x penah jmpa mknn paling sedap dari ni kat dunia
Our CampSite!
Chef Wani ft Chef Jo.. masak kari ayam
Geng-geng memasak. Geng lain sedap tido ;-P
Abe Radz sedang melepaskan lelahnya. 
Ape tak nya, tak tdo dari malam semalam.
Then, kami terus ke batu hampar yang kami lalu tadi utk amek angin petang yang sempoi dan sepoi2 bahasa sambil menikmati pemandangan yang tersangatlah indah. Sumpah kalau korg x gi memang korg org yg paling rugi di dunia.

sambil layan view: wefie seround
Indahnya ciptaan tuhan. Terasa kerdil diri ni.
Lepas tu, kami terus ke air terjun yg x berapa nk terjun utk bersihkan diri. Maklumlah belengaih satu badan. Lepas mandi kami lepak di bawah fly sheet sambil menunggu Abe Sam (Azim) kita masak cucur. Masak bukan main lama. Kami habiskan x sampai seminit. Masing2 perot mcm syaitonnnn. Time lepak tu byk benda yg ktorg borakkan. Ibarat mcm ice breaking la. Masing2 first time jmpa. Mgkin takdir jmpa dengan manusia yang satu kepala, masing2 sembang mcm xde penghujung. Rasanya kami la paling bising kat campsite tu. Sorry geng CEO. Memang kami lahir je boleh terus bercakap. ;)))))))))

Malam tu, kami lepak lagi di batu hampar sambil tengok bintang & langit. Time tu mula lah masing2 nak berangan especially (Hanna). Xpala bagi can. Dia kan presiden. :-P 
p/s:  << Kuangajo naz, fitnah! ini betul2 fitnah! (tak sempat berangan pun.. sbb da tidur) :-p

Then kami balik ke campsite & sambung borak lagi. Rasanya group CEO dah terbongkang dah. Masing2 keluar perangai sebenar. Betul la orang kata. Kat dalam hutan la kita boleh tgk perangai sebenar manusia.


5 JUN 2016 (AHAD)

Kami bangun seawal kul 4.00 pagi untuk naik ke puncak. Lepas siap2 semua, kami gerak lebih kurg kul 4.40 pagi. Waktu tu memang sejuk la cite dia. Tapi lepas beberapa minit trekking, kami rasa panas balik. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit. Masa trekking tu, kami terpaksa menempuh batu hampar yang lebih mencabar lagi iaitu lebih kurang 150 meter tinggi dan 80 degree kecuramannya. Kami tiba di satu tempat yang agak lapang untuk solat subuh sebelum naik ke puncak.

Batu hampar yang hampir menegak. Tangan kena kuat bhaiiii!!!
Dunia-dunia jgk. Akhirat mesti mau cari


Dan Akhirnya.................


Finally, we have made it!!!!! Puncak Gunung Ledang
muka bahagia sangat!

Pemandangan kat puncak memang sangat-sangat mengasyikkan. View 360 hokeyyyy. Kami sempat jgk tgk sunrise. Pengalaman yang x dpt dibeli dengan wang ringgit. Belanja gambo dulu.


Acah sweet dengan pokme : Team CEO :-p
   



Taktik Radz berjaya menarik perhatian. Tapi malangnya sudah berpunya daa!!!!!










Satu pengalaman yang x dapat dilupakan jgk ialah dapat berkongsi foto dengan geng goprojb yang mempunyai beribu2 followers. #goprojb

Lepas sejam lebih kat puncak, aku, Hanna, Wani, Man & Azim bergegas turun ke campsite sementara Khai, Abe, Radz & Bobby masih stay lagi kat puncak. Belum puas amek gambo kate ko.


Geng-geng gila camera. Abe buat gaya mat jiwang!!!
Presiden je boleh lompat dari batu ni. Orang lain x boleh. #presidenidola

Masa nak turun ke campsite tu boleh terpikir, ni ke laluannya. Ketaq lutut jgk la masa turun tu. Mana x nya. Mencanak all the way. Kami sampai ke campsite lebih kurang kul 10.00 pagi. Then, geng2 terer memasak terus masak nasi & lauk sardin. Kami dihidangkan lagi dengan sambal buatan khas mak wani. Perghhh mabeles. Sumpah sedap. Kalau nak order boleh direct call wani. (sambil promote wani. Keh3).

Lepas makan, kami packing semua kelengkapan untuk turun ke kaki gunung. Masing-masing x lepaskan peluang basahkan diri dulu before turun. Then masing2 tunggu kat batu hampar tgu turn nak turun. Ingat nak makan kepci je ke tgu turn. Kami start turun dalam kul 1.00 petang.




Panggil guide naik.. untuk sesi photoshoot.. rugi kalau tak amek gambau kat sini!




Lepas semua berjaya turun dari batu hampar, masing2 terus pecut turun ke kaki gunung. Macam rimau nak terkam mangsa. Laju baq ang. Aku yang pernah experience ACL & meniscus ni jalan la slow2. Nasib ada lagi kat belakang aku. Sesampai je kat bawah, kami berkubang kat tali air sambil menikmati The O Ais yang dibeli oleh sorg ahli geng CEO. Asyukkkkkkkk…

b.o.d.o.h gile muke sam. hahah. erkkk, suke merosakkan gambar group!



Then, kami decide utk dinner kat Umbai, Melakau. Perjalanan mengambil masa selama sejam dari Asahan. Umbai ni popular dengan masakan ikan bakar. Korg boleh try. Sedap jgk la. Lapo kan. Lepas tu kami sepakat hantar Wani kat rumah dia kat Pokok Mangga, Melaka. TQ Wani sbb bekalkan kami sambal. Sampai termimpi2 sambal wani. (Yg tu kencing lebih). Kami sampai kat destinasi masing lebih kurang kul 1.00 pagi.

BETULLAH KATA-KATA YANG ADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG. “KERANA HIKING KITA RAMAI KAWAN, KERANA HIKING KITA BANYAK PENGALAMAN”. Walaupun baru first time hiking sekali dengan geng GEOHIKERS, tapi bond antara kami tu yang buat trip kali ni best gilaaaa…. (presiden trip free lepas ni!!!)



Tu je abam nak karang. See you again. Selamat berpuasa. Selamat berhari raya. Selamat Pak Selamat. BYEEEEEE!!!!

8 comments:

  1. Citer kentut mana citer kentut...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cite kentut kne tanye naz.. die yg karang cite.. telupe kot cite kentut.. emm.. cite pasai cucuq pasir pun xde. hihi.. ckup la jd kngn kite2 je :p

      Delete
  2. Bestnyer korang dapat naik Ledang. Nak join jgk blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii ngengade.. nak repeat ke cane ni? hahah :-p

      Delete
  3. Boleh share no tel guide ledang via asahan dkat sini x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for so late reply.. here is the number : 012-3149142 (NajiB)

      Delete

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!