Assalamualaikum
Rajah 1.0 Daypack via Bentong
Line Up : Abe Joe, Abg Wan, Panda, Afham, Fifi & Hanna
Guider : Redah
Starting Point : Air Terjun Chamang, Bentong. Pahang
Height: 1685m
total time collapse : 24 hours (23 hours (includes rest + breakfast + lunch) + 1 hour (p'jalanan balik)
11.00pm – bergerak lah kami 3 skuad (Joe,
fifi and Hanna) mencari ration + pi makan and menuju ke jalan hakiki iaitu Air
terjun Chamang, Bentong. Pahang.
12.00am+ park dekat pondok sementara
menunggu line up lain sampai .. tido sattt..
3.00am – mereka sampai (Panda, Abg Wan,
Ham) , hiks. Sambung tidur sikit lagi…
3.30am – ba.. ngun.. bangun bangun bangun…
4.00am – start hiking masuk ke dunia hutan,
dunia yg selalu aku rindu..
muka baru bangun tidur |
* 10 min track pacak dari starting point (air
terjun Chamang), sampai jalan balak. Lepas tu teruskan perjalanan santai tak
santai sangat..
* Cross pondok pengawal hutan.. mmg agak
nervous sbb kami takde permit.. ala.. sorry laa.. janji tak buat lagi. Tp kami
bertuah, sbb mereka sedang tidur ketika itu. Tidur laa.. kitorang tak kesah.
Hiks.
5.00am –Sampai pintu gerbang Gunung Rajah
* 1 jam je perjalanan. Nice timing mungkin
sebab shoot tanpa rehat.. lari lagi. Taksabar nak masuk hutan.
6.04am –line up bros jalan dulu.
*akibat team bros tak tinggal marking tag..
in between menuju kem resam, ada 2 simpang.. kiri atau kanan, dan simpang kiri telah memesongkan hanna dan fifi ke satu
tempat parking yg agak meyakinkan tapi sebenarnya salah. Sangat salah. Susah
hanna nak terangkan keadaan itu.
* solat subuh.
Hanna tidur. Fifi ckp nanti kejut.
Hanna terjaga. Fifi kata nak pi toilet.
Hanna tidur dan terjaga lagi. Fifi kata nak
pakai kasut.
Hanna tidur dan terjaga lagi, hanna tengok
fifi terbaring kaku. “fifi! Fifi!” . Senyap.
“fifi!!” lambat2 fifi balas “ 5 minit”
* lorrhh.. tidur rupenye.. sambil tu berbincang
nak tunggu pukul 7.00am and patah balik ke simpang tadi, tunggu team #chinese
yg kata nak start hiking by 6.30am..
* tetibe terdengar bunyi mercun, bergegas
kami bangun. And start patah balik.. dengar abe joe jerit… and suara2 bro yg
lain. Kitorang pun menyahut. Pahtu kena la bebel2 dgn mereka. Mereka penat sbb
kena patah balik. Cowi.. sumpah tak dengar pun suara korang jerit panggil kitorang
sebelum bunyi mercun tu.
*Wat perjanjian baru.. ape pun jadi,
teruskan perjalanan.. jangan tunggu. Pandai lah kami jaga diri.
6.55 am – reunited semula as a team. Jom
teruskan perjalanan meredah hutan untuk 1 kebahagiaan di hadapan.
‘Maafkan lah aku.. yang menyalurkan
kekecewaan ku.. marah ku dan masalah yg terbeban di pundakku kepada alam.
Kerana mereka yg lebih mengerti. Ku sampaikan keluhan ku dan meminta
mereka turut mendoakanku dalam tasbih memuji Tuhan.
Berikanlah aku kedamaian
hati. Sungguh mereka mengerti.. dan bila doa kami sampai kepada Tuhan. terasa
damaiku berada di sini.’
(hannageohikers, 2016)
7.30am – akhirnya sampai ke Kem Kuala
Sungai Terling
* having breakfast to break our day. Lapar
nyee.. roti canai + horlicks.. mai secawan!
8.30am – teruskan perjalanan
* Perjalanan ini masih panjang, jangan
tanya lagi bila kesudahannya. Hiks.
9.12am – Lata Naning
* ada yg pewai dah. Hanna and Abe dah
sampai dulu.. tunggu line up lain dlm 15minit, baring2 tidur atas batu laa..
bestnye mase tu.. sejuk jee..
* semua dah sampai, sambung rehat lagi..
* pewai der.. tak mungkin tak penat,
lainlah kalau ada hantoooo~
budak pewai |
9.40am – teruskan perjalanan ke next check
point
11.15am – Kem Batu Hijau
* Abg Wan dah cramp.. Panda pun. Tp
perjalanan kite jauh lagi.. mcm mana?
* Abg Wan nak give up.. sbb dah injured.
try sweep.. selagi mampu untuk teruskan perjalanan.. rugi sebab kite dah jalan
jauh, tapi tak sampai main point kite..
* simple lunch roti je mcm tu. Taknak masak
lagi.. in between nak ke false peak, jumpa team lain yg dalam perjalanan turun,
ada yg start hiking by 2am. Perh..paduikkkk
12.55pm – False Peak
* Abg Wan tewas di sini.. Panda, Ham and
Fifi masih bersemangat kental.
* sbb track di depan lebih berisiko, kena
panjat batu. Abg Wan taknak amik risiko.. bcz he was totally injured.
misi memanjat batu menggunakan tali |
3.00pm – Peak of Mt. Rajah
* Hanna and Abe Joe sampai dulu, tidur
sat.. pewai la ni kesahnye
* Sejuk ngat ngat.
4.00pm – line up lain sampai (Fifi, Ham and
Panda)
* layan sesi photography single, beregu dan
berkumpulan
5.00pm – Start decending to the false peak
and arrived at about 50 minutes after.
Abe
shoot ke depan, Hanna sweep Abg Wan ke Kem Batu Hijau.. kite nak main
masak2. Untuk lunch. Kah2.. lmbtnye lunchhhhh.
6.30pm – sampai Kem Batu Hijau. Prepare
lunch
* menu : nasi putih + kurma daging + ikan
pekasam berulamkan timun jepun sambil
layan air kopiko
7.30pm – line up lain sampai. Makan.
Packing.
8.06pm – shoot balik ke Starting Point
* Slow pace. Sbb ada beberapa org yg injured
. Cramp and etc (Abg Wan, Fifi, Panda..)
* malam gelap, layan je laa track. Malas
fikir bila nak sampai, nanti jadi mental..
9.35pm – back to Lata Naning
* semua line up terkulai layu di atas batu,
di hembus angin malam. Hiks
* tiada team lain di dalam hutan kecuali
kami, hanya kami.. kan da gitau, tak ramai yg wat rajah via bentong ni daypack,
onggile je buat. hahaha
10.00pm – teruskan perjalanan
11.00pm – sampai Kem Sungai Terling
11.40pm – sampai Kem Resam
1.10am – Pintu Gerbang Gunung Rajah
* landing atas batu dalam 1 jam. Sbb dah
pewai...
* Mane ade la haih org tracking malam2
mcmni dalam hutan, padahal esok keje. confirm jd geng panda kat office nanti.
Hiks.
3.00am – Starting Point (Air Terjun
Chamang)
Akhirnya berakhirlah sudah perjalanan 23
jam + 1 jam perjalanan untuk sampai katil kat umah, untuk mendapatkan sebuah
hadiah baru yg bernama “tidur”. Mandi pun tak. Kah3. Pewai woii.. ni smua
onggile je buat. Hahah. Tp yang penting, paling penting.. kite semua gembira. = 24 jam. Kbai!
next next.. boleh layan #hannavlogstory
ini bukan kisah seram.
Sekian,
#HannaGeoHIkers @ #HannaMountaineer
(ingat tau.. hashtag ni aku punya, kalau sape berani guna.. aku starlight dahi dia!)
No comments:
Post a Comment
Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!