Assalamualaikum.. ore kelate, kawe mari dari KL ni boh. ke guaner?
29 July 2016
9.50pm – Bus to Hentian Gua Musang
First time travel ke sebuah negeri asing..
dari KL ke Klate boh.. guaner nih? Redah je laa.. kata hati kental. Kan?
4.00am – Hentian Bas Machang
- So bad, so sad.. terlepas Hentian Gua
Musang. Tertidur? Hurm.. every R&R aku bangun..Cuma aku tak dengar suara
pakcik bas tu kot, almaklum 1st time naik bas pi Kelate nih..
- tapi tu la kan.. takdir membawa aku ke satu
perhentian yg lagi jauh. Iaitu Hentian Bas Machang.. 2 jam jauh dari Hentian
Gua Musang.
- Masa tu.. aku mmg speechless, nak nanges tu tak mungkin sbb bukan
hati tisu. Nak marah.. marah siapa? Nak ketawa.. tapi sbb apa? Terus berfikir
dengan lagak seorang pahlawan, call wani? tu pun ada gak call, tapi…tak angkat. hurm
confirm tidur mati. call Abe.. call fifi.. (mengadu! Mengadu time) huargh.. ak
da ckp kan, taknak piiiii!
- Selepas call abe, abe bagi suggestion
naik ketapi kt Tanah Merah ke Dabong.. tp mula tu, aku plan nak tunggu station
bus Machang tu bukak kul 8 am nanti. Naik bus balik KL je… Amie ade whatsapp,
start tracking pukul 10am. Tapi sempat ke aku nak kejar?
- ada abang teksi sudi nak bawak ke Dabong
for rm150 tapi lepas tu die try nego rm80. Hurm. Balik KL baru rm44 tau…
- ada kakak tu sudi tumpangkan ke KTM Tanah
Merah, tapi dia cakap.. takut tempat tu tutup lagi.. tempat tu sunyi.. I was
just, at that time… ‘hurmmmm…tak berani ambil risiko besar’.
- sigh~ and keep thinking
6.00am – heading to Tanah Merah KTM station
- Azan subuh.. bagi ilham untuk aku
teruskan perjalanan. Alang2 aku dah sampai Kelate nih, rugi tak redah.. so, aku
ketuk tingkap pakcik teksi yg… at first aku rase “pervert”, tp tu je la pilihan yg ada..the one and only
taxi at that time.
6.16am – arrived
- pakcik anta pi station KTM Tanah Merah,
dah la teman aku kejap.. since that place mmg kosong.. takde orang. Bagi
diskaun rm5 lagi sbb kesian aku sorang2. Kah3.. lesson nye : don’t judge
anyone! Ini KEBAIKAN PERTAMA!
- tunggu KTM Tanah Merah beroperasi mcm
menunggu bulan jatuh ke riba.
- surau tutup.. solat la kat mane2 pun..
bukan ada orang pun. hahaha
7.20am – asking the KTM’s uncle
- baru nampak kelibat pakcik KTM nak bukak
pintu office, terus tanya.. Train ke Dabong.. kul berapa? Pakcik tu jawab..
pukul 11.00am
- I was just like “erkkk..” krik krik..
final decision made : Nak balik KL jugak la mcm ni.. sbb dah janji dgn Saufi
jumpa dorang kt Dabong pukul 7.00am. nanges~ nanges~ dalam hati. Babai Stong!
- teksi pun tak de.. nampak café bukak,
dengan tanpa segan silunya.. aku try survive “pakcik.. station bus express kat
mana ye? Jauh tak? Boleh tak tolong anta sy ke sana.. sy nak balik KL la.. sy
bayar duit minyak” and bla bla bla. Pakcik tu dengan baik hati hantar aku, and
it was FOR FREE. Ini KEBAIKAN KEDUA!
8.00am – hentian bas Tanah Merah
- sampai dah ke hentian bus Tanah Merah,
ada pasar tani.. since kaunter ticket tak bukak lagi.. aku jenjalan usha gerai2
sambil acah backpackers sikit. Hiks.
- in the middle of eating nasi kerabu kat
satu sudut bumi Kelate, abe call and bagi cadangan.. dari aku balik KL, baik
aku pi travel kt Kota Bharu ke.. tidur hotel and so on. Aku pun jadi “wow…” ,
suka cadangan itu dan mula bertukar fikiran.
- tak lama tu, sopi whatsapp and asked me to
just take the train to Dabong even it was at 11am. Diorang akan tunggu.
- makcik kaunter bas sampai and tegur aku..
aku pun menceritakan situasi unik aku. And aku tanya, ada teksi or bus tak lalu
depan ni.. makcik tu offer nak hantar aku ke KTM semula.. and it was FOR FREE.
Ini KEBAIKAN KETIGA!
9.10am – back to KTM Station
- beli tiket.. and mereput tunggu jam
11.00am sampai tertidur2.. lantak la orang nak cakap ape pun, aku mengantuk
sangat2! hahaha
11.00am – heading to Dabong KTM Station
- dalam perjalanan selama 2 jam ni.. I was
entertained by two kind man. Pakcik2 conductor KTM. Ala2 tourist guide la ni..
aku happy sangat dengan kehadiran aku di bumi Kelate ni walau agak susah pada
mula tu, tapi disambut baik oleh semua orang. Nanges~ nanges~ dalam hati. Ini KEBAIKAN KEEMPAT!
1.45pm – Arrived
- tak lama tu Uncle Adam ( guider) sampai
and fetch me up + beberapa orang lelaki lagi (team lain)
2.00pm – Start tracking to the peak of
Stong Waterfall
- say hai to every one.
- layan track santai tak santai sangat…
penat.. penat jugak
4.00pm – arrived at the peak of Stong
Waterfall.
30 July 2016
10.19am – Last Water Check Point
- in between ke puncak Gunung Baha ni..
since aku pun dah start hiking alone (Budak degil mmg mcm ni tau) , bertembung
dengan satu team lain. Sembang dengan guide ni.. : Man Dabong.. huk alorh,
guaner be.. kito kawe denge mu kat fb lamo doh. Hiks. Kecik je dunia gunung
nih. Pusing2 je.. eh eh.. kawe doh kito nih.
12.15pm – Puncak Gunung Baha
- beramah mesra dengan team tadi tu.. sbb
team aku ramai standby kat bawah.. rehat2.
- aku pun dok ber “pakcik.. pakcik” dgn
sorang pakcik ni... Tahu tak siapa? Timbalan Pengarah KPDNKK Perak.. En. Halis.
seorang yg humble, friendly, low profile.. yang penting nature lover!.
1.10pm – hiking to Gunung Ayam
1.50pm – Puncak Gunung Ayam
4.12pm – heading back to Camp Site (Kem
Baha)
5.15pm – Gua Bogor
** Layan sunrise 6.30am - 7.30am
SubhanAllah.. awan karpet.. perhhh~ |
terjumpa Syu... lineup team #Ohana > misi Gunung Stong |
Drone atas pokok aka Saufi |
Shoot ke Starting Point mmg best, sbb menurun je.. haha. Tp sakit gak lutut..
11.20am – sampai Resort
- Encik Halis offer balik KL sekali, tapi
aku dah plan nak pegi Pasir Mas. Hiks
- selepas beliau balik, aku bertegur sapa
dgn sorang lagi G.O ni.. keje kt mahkamah. Taktau la jawatan ape.. HAKIM agak
nye.. sbb team dorang, bukan calang2.. penguatkuasa KPDNKK, and ape tah lagi..
semua Government Officer la kirenye.. perh…~ ade keje kosong tak?
2.30pm – taking train to Pasir Mas
- terbaring2 kat kerusi KTM tu.. penat 1
hal.. tunggu train yg lambat 1 hal.. sampai la budak2 sekolah balik, baru sis behave
sikit. Hiks.
5.00pm – Arrived!
- saka sudah mari.. selepas makan nasi
lemak burung puyuh, layan pulak mee celup.. lepas tu teringin pulak roti titap.
Pekena plak dengan jus tembikai. Tak cukup? Tambah limau ais.. mati lanakkkk..
naik gunung turun 2 kg.. turun gunung naik 5 kg. lapar gila.. lapa sangat..
7.30pm – Masjid
- solat and lepak jap.
- “goodbye” time dengan Kak Wati and Kak
Sanah.
8.45pm – Bus balik KL
- sampai kat R&R mana tah dalam pukul
2.00am kot, turun beli air mineral.. dahaga sangat rasa.. baru perasan dlm bus
(sbb masa mamat tu naik, aku tidur).. pastu dia turun R&R dulu..
- so, aku duduk sebelah sorang mamat ni..
aku da la mengantuk ni, boleh pulak dia ajak sembang. aku layan gitu2 je.. tak
baik sombong2 dengan orang. Tapi lepas tu.. kroohh~ tido. Hahaha
**Okey.. layan #hannavlogstory ... cuma ade certain video, I tak selit sekali. cukup jadi kenangan aku je. okbai~**
Sekian,
#HannaGeoHIkers @ #HannaMountaineer
(ingat tau.. hashtag ni aku punya, kalau sape berani guna.. aku starlight dahi dia!)
No comments:
Post a Comment
Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!