Assalamualaikum sekali lagi...
Ini kesinambungan cerita panjang 3 hari 2 malam di Brinchang, Cameron Highland. kan da bagitahu cerita ni panjang..
30 August 2015 - Pukul 5.00am bangun tidur,
tp pagi ni tak mandi pun.. just cuci muka.. gosok gigi.. amek wudhuk. Sejuk
tahap takhengat kot. Macam kat Kutub Utara je rasanya.. walaupun aku tak pernah
gi lagi Kutub Utara. Haha. Hyperbola la sikit..lepas solat, keluar je masjid.. terus
letak barang2 yg tak penting dalam kereta. Truck pun sampai kul 6.10am. Apa
perasaan masa tu? dah la sejuk.. kena duduk atas truck takde dinding bagai. Tak
terkata laa..Nak rare sangat kan.. pastu
kitorang kena ikut gi pick up group 1 lagi, a family kot. Lambat.. kul 7.00am
baru gerak ke kaki Gunung Irau.
perjalanan mencari sebening kedamaian. perhhhh |
Geng kitorang start hiking by 7.40am, semua
orang masa ni ada semangat hebat.. embun pun takkan mampu mendinginkan bahang
di jiwa kami.. peh, padehal.. pakai sarung tangan dah.. sejukkk..
Intro : Geng Hai King, slow and steady.. wat lek je beb..
|
hiking dan
terus hiking, sampai Mini Irau dalam kul 12.00pm++ , time ni perut pun dah tak
berdondang sayang lagi.. terus nyanyi lagu rock. Lapar kot, pagi tadi mana ada
g breakfast lagi.. so, nak wat acaner lagi.. project masak memasak la.. menu
simple, air kopi + roti cicah sambal telur. Plan asal nak wat nasi lemak..
santan serbuk pun dah beli, beras dah bawak naik. Tapi santan nya tinggal dalam
kereta.. nak wat sandwich sardin pun takjadi sbb sardin pun mengalami nasib yg
sama seperti santan serbuk. Dengan kreativiti yg ada.. sambal tumis mak Wani yg
aku bawak tu + telur yg aku rebus pagi semalam + bawang potong2.. gaul
semuanya.. dan jadi la ia sambal telur yg super duper sedap. Yey! Makan la kitorang
selahap2 nya.. ups, ada budak comey
mintak kopi laa.. hik hik hik.
Tetibe hujan agak lebat, terus tarik poncho
dalam beg.. lindung makanan.. lindung diri. Ada group yg patah balik, sebab
hujan and track confirm licin. Tapi takkan mematahkan semangat kami, tidak sama
sekali.
euw.. pastu? makan jugak.. hahaha |
Lord of the Ring : tu ape tu... the hobbit ke. hik3. guwau2 jeee.. |
Posing kat Mini Irau. dah macam retarded dah sengsorang.. |
Ok, back to the story… mamat rare tu
pesan.. kalau kul 2.30pm kitorang tak sampai puncak.. patah balik. Kitorang wat
endah tak endah je.. pukul 2.37pm, geng kitorang yg 4 orang ni (aku, Wani, Pika
and Sha).. sampai puncak. Posing2 la ape lagi..
Yus and Basyar lambat sikit,
Yus tak berapa sihat.. tu la degil. Nak ber hiking jugak.. baru la rare.. ye
dak?? Kau mampu? Huhu. Pukul 2.50pm camtu Yus and Basyar sampai.. sambung
posing kat puncak la.. dengan pakai baju kurung nya.. sempena hari
merdeka.. masa perjalanan nak naik tadi,
bertembung jugak dengan 1 geng ni pakai baju melayu. Tp tak sempat nak bertukar
no.fon, sempat bergurau2 je.. kah3.
baru lah rare... |
Masa ni.. aku rasa seronok sangat. Masa tu
sesaje la nak record nyanyi lagu merdeka yg “tanggal 31” tu kt puncak.. tetiba
semua org nyanyi sama2..
(p/s : credit to Yuss for the video editing)
yg ni aku edit dari guna software download kat playstore.. tp dubbing mcm tak bape nak kena je. asal boleh laa. hahah. asal ada gaya..
*******************************************************************************************************************************
CRITICAL TIME!!.
PART ni paling penting.WAJIB BACA! (takde gambar yg sempat snap saat2 camni.
Pukul 3.30pm, semua group dah start turun
balik, kitorang ni antara group yg last2 la.. track licin, nak posing.. takde
dah kot, tak larat.. saing dengan 1 group lagi, geng kitorang.. yus injured.. , geng 1 lagi tu pun ade yg injured. So, slow and steady je laa.. sampai la
kat Mini Irau semula..masa tu dah pukul 4.45pm.
Yg masih cergas.. gerak dlu.. tp still pantau Yus and Basyar, jangan sampai hilang jejak.. tapi hari da makin gelap, walaupun baru pukul 6.00pm. So, aku.. Wani, Pika and Sha.. stay closed together.. ada head lamp, head lamp simpan dalam kete.. gitew? Head lamp Pika samar2, torchlight pun mcm tak cukup ampuh nak menerangi jalan. Torchlight Sha je boleh berkhidmat lagi.. kitorang jalan perlahan2.. tapi hari makin gelap, jerit2 nama Yus and Basyar berkali2.. terus hilang jejak.. takde bunyi dah. Tapi kitorang tahu, ade 1 group lagi kat belakang.. group yg ada org injured tu.. boleh la diorang jalan sama2.
So a bit confident nak move on.. kabus pun makin tebal, malam makin sejuk.. jam dah pukul 7.30pm kot bila azan di handset Sha berbunyi. Kitorang biarkan je.. biar halau hantu2 kalau ada… Wani lead depan, pegang torchlight Sha yg masih terang tu.. cari jalan, cari jejak tapak kasut hikers lain, cari tag.. aku kat belakang, kadang2 aku lead.. bila penat, aku pass torchlight kat Wani balik, bercakap pun dah tak mampu masa ni.. simpan tenaga. Hari pun semakin gelap.. dan gelap…
Yg masih cergas.. gerak dlu.. tp still pantau Yus and Basyar, jangan sampai hilang jejak.. tapi hari da makin gelap, walaupun baru pukul 6.00pm. So, aku.. Wani, Pika and Sha.. stay closed together.. ada head lamp, head lamp simpan dalam kete.. gitew? Head lamp Pika samar2, torchlight pun mcm tak cukup ampuh nak menerangi jalan. Torchlight Sha je boleh berkhidmat lagi.. kitorang jalan perlahan2.. tapi hari makin gelap, jerit2 nama Yus and Basyar berkali2.. terus hilang jejak.. takde bunyi dah. Tapi kitorang tahu, ade 1 group lagi kat belakang.. group yg ada org injured tu.. boleh la diorang jalan sama2.
So a bit confident nak move on.. kabus pun makin tebal, malam makin sejuk.. jam dah pukul 7.30pm kot bila azan di handset Sha berbunyi. Kitorang biarkan je.. biar halau hantu2 kalau ada… Wani lead depan, pegang torchlight Sha yg masih terang tu.. cari jalan, cari jejak tapak kasut hikers lain, cari tag.. aku kat belakang, kadang2 aku lead.. bila penat, aku pass torchlight kat Wani balik, bercakap pun dah tak mampu masa ni.. simpan tenaga. Hari pun semakin gelap.. dan gelap…
Dalam hati aku, jangan sampai jadi kes polis
dah laa.. sampai aku boleh fikir camni, kalau dah tak mampu sangat teruskan
perjalanan malam tu dengan kabus and gelap nya.. better kitorang stay, tunggu
siang nanti baru cari jalan keluar. Tapi yg wat aku lagi takut, kalau jalan yg
kitorang ikut tu.. jalan patah balik ke puncak.. tak ke sia2. Memang dalam
hutan Gunung Irau tu ada line telefon, so takde la risau sangat.. Andy call..
kitorang baru lepas CP Tali, dia cakap dalam sejam lagi kitorang akan sampai ke
kawasan parking yg awal2 masa datang tadi. Dan akhirnya kitorang sampai jugak
kat tangga pukul 9.25pm, tu maknanya perjalanan dah semakin berakhir.. tapi
tanpa Yus and Basyar.
Masa tengah jalan kat tangga tu, ade sorang mamat ni.. geng
die pun ade tertinggal kt belakang.. geng yg ade minah injured tu. So die minx
sape2 yg still bertenaga, teman dia patah balik.. sbb katanya dorg dah mcm tak
berapa jauh.. kwn die call n cakap dorg jalan n macam pusing2 kat tempat yg
same sampai rase mcm nak give up dah.. yes, macam memula yg kitorang rasa td
la.. rasa mcm nak give up.. Dah la jalan lecak.. gelap, kabus tebal.. sejuk
tahap tak hengat. Tenaga pun semakin berkurang..mungkin sbb badan dah penat.. So
at that moment, Wani offer diri nak ikut mamat tu..
Aku, Pika and Sha duduk kat anak2 tangga ..
tunggu Wani and mamat tu balik, tp tak lama pastu dorg pun balik semula.. sbb
apa ye.. tak ingat pulak, tapi rasa nye dorg patah balik sebab.. dah cuba wat lantunan
suara yg tinggi.. tp takde sahutan.. mgkin group yg tertinggal tu, masih jauh
lg..so dorg buat keputusan nak tunggu je dulu..
UPDATED!!!:
UPDATED!!!:
ALASAN WANI : "Masa aku ngan mamat tu nak turun cari yg lain, aku roger en andy dlu... Bgtau situasi kita. Masa tu, en andy tu mcm panic gak la tp panic yg steady... Ecehcehceh... Risau kot, adik2 ni buat hal... Tu yg aku patah blik... Hahaha... Dtg kat kita steady gila kot, seluar pndek + tetap nak bebel... Hahahahahaha..."
Andy pun muncul tak lama tu and ajak
kitorang lepak kat 1 gazebo.. sejuk tahap gigi berlaga2 tak benti2. Baju dah la
basah, berlumpur..tengok, aku tak mampu gelak nak menceritakan saat2 getir
kitorang masa tu. Andy cakap kite boleh lapor kt phk berwajib, tapi nanti akan
melibatkan jabatan perhutanan, polis, anggota2 keselamatan.. masa tu aku
terbayang wartawan tv dok interview, haha…Sempat lagi tu… and mungkin lepas
kejadian tu kami dah tak boleh masuk hutan lagi..
Andy take the phone call from the mamat,
and asked them.. if she (the injured one) is still able to walk or not. She
say.. she can, but slow.. same goes with Yus.
So, kitorang decide utk menunggu… so kitorang tukar tempat menunggu kat
Gazebo berdekatan parking pulak, letih takyah cite laa.. sejuk nye lagi..
ktorang mendengar je la Andy sharing his experiences dgn mamat td tu, sesekali
je menyampuk. Haha. Tahu nak rehat je skrg ni..
*********************************************************************************
11.30pm - At last, Yus.. Basyar, and geng
yg tertinggal td tiba juga akhirnya.. happy toksah cite la.. tgk smua org selamat.
And boleh la berehat ni.. huhu. Mamat rare td tu tak habes la membahan
kitorang, “ rare tak.. nak rare sangat kan..pot pet.. pot pet” tahu tak org
penat..org malas nk dengar org membebel..Nak di jadikan cerita, hujan pulak sepanjang
perjalanan dari Mossy Forest ke masjid Brinchang tu.. kan aku dah bgtau td,
truck tu mana ade dinding, bumbung apetah lagi.. sejuk sampai mulut keluar asap
woah.. kitorang tetap berhibur and terhibur dgn perkara2 seperti itu. Hehe. Lg
kejam kat kitorang ni, sebab dorg drop kitorang kat Balai Bomba, tp sempat la jugak basuh kasut.. + basuh ape yg kotor + basuh tangan.. kotoran sangat degil pulak
tu.. hais… balik masjid dlm keadaan terketar2.. menggigil gila2.. mandi2 + solat
jamak takhir .. air sejuk pun tak terasa dah. Sbb memang dah sejuk sesangat…
lepas settle semua, plan dgn Yus nk lepak Kedai Mamu Rasul.. the one and only
restaurant yg still available at that time, janji kul 1.00am.. tp tunggu semua org siap.. kul 2.00am baru kuar
masjid.. otw nak p ke kedai tu, bertembung dengan Yus and Basyar yg dah patah balik
untuk tido (kat kereta dorang). So kitorang go on je la.. lapar kot.. last makan
roti je tengah hari tadi.
Service mcm hampeh.. takde la ramai orang
pun, makanan sampai lambat.. rase pun kureng. Tp sbb lapar, redha je laaa.. dkt
kul 3.00am cmtu baru siap makan, terus balik masjid.. siap2kan diri untuk tido
pulak.. dengan harapan, masa akan berlalu dengan lebih lambat, supaya kami boleh
tidur lena. Selamat malam dunia.
(notes: Please refer the links below to subscribe for the full story)
pengalaman yg x kan dilupakan sampai bebile..
ReplyDeletekann.. rare kot.. baru sesat sikit da mnggelabah mcm kura2 cengkerang kt bawah. tp di watnye bhari2.. stock mkn pun tarak. lg hawau. hahaha
Delete